Want your
own Fotopage?







 
Delirious Extra Extra!
Delirious Extra Extra!
By: Zaihas Amrizad Hasfar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Tuesday, 25-Dec-2007 02:11 Email | Share | | Bookmark
Road To ROTTW Soundstage 2007 Finals

 

Care to comment?


Friday, 7-Dec-2007 22:21 Email | Share | | Bookmark
MaxxNoise Fest 1 Sukses Digelar

 
 
Thanks to our brothers from Suaka for posting this up MySpace!

Care to comment?


Friday, 15-Jun-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
ROTTWtopsi

 
Sorry we posted this one up late.

Care to comment?


Thursday, 18-Jan-2007 14:29 Email | Share | | Bookmark
Flyers

 
 
 
View all 8 photos...
A collection of flyers of our live shows- have fun!

By the way, this particular blog is not date specific, new flyers are posted whenever available.

Care to comment?


Friday, 10-Nov-2006 02:20 Email | Share | | Bookmark
Photo In ROTTW Nov 2006

 

Care to comment?


Friday, 13-Oct-2006 04:02 Email | Share | | Bookmark
Road To Soundstage 2006 Review - Kontang Ke Kentang?

Performance Review
Gambar Sengal
ROTTW Back Cover
"Big Empty"? Apa-apa aje la.

statikmajik...hidup lagi kau?? Tue 31-Oct-2006 09:22
Posted by:Julie - Mama Iman  - [Link]
idOp lagik laa cikjulia oits apa khabar? aku pun dah jadi family man dah...cuma tak reti nak tobat2 main band lagik. kekkekekek.

homepage band aku http://wynkendelirium.blogspot.com

selamat hari raya, maaf zahir batin...
Sat 4-Nov-2006 18:16
Posted by:statikmajik
Add comment


Thursday, 5-Oct-2006 04:51 Email | Share | | Bookmark
WYNKEN DELIRIUM : Muzik Groove Berat (Interview With EKSTRIM)

Page 1
Page 2
Page 3
View all 5 photos...
http://www.ekstrim.info/main/modules/articles/article.php?id=73

WYNKEN DELIRIUM : Muzik Groove Berat

Band ini bermula pada sekitar September/Oktober 2004 dikenali sebagai GOBLING, ahli-ahlinya terdiri daripada anggota band-band lain seperti My Pet Alien, Damokis, Neogenics, Grim, dan Elizabeth Arden. Pada hujung tahun 2005, terdapat pertukaran anggota yang agak drastik. Nama band ditukar pula kepada WYNKEN DELIRIUM untuk memberitahu akan perubahan muzik yang dimainkan. Terkini, barisan pemuziknya terdiri daripada Ajak (vokal), Zaihas (gitar), Shah (gitar), Haris (bass) dan Fad (dram).

Menurut Zaihas atau nama sebenarnya Zaihas Amrizad Hasfar, konsep muzikal Wynken Delirium menekankan bunyi yang agak besar dan agak malas, yang banyak berdasarkan pengaruh band-band 70an, tetapi dimainkan seberat yang boleh. Di dalam lagu-lagu yang agak baru, banyak juga diterapkan unsur-unsur odd time signature atau offbeat tempo. Secara umumnya bentuk muzik band ini lebih berdasarkan "driving riffs" atau pun "groove". Terdapat juga pengaruh funk, blues, folk dan jazz yang "simple" tetapi diolah untuk kepadatan dan keberatan yang lebih. Gaya vokal adalah pelbagai, tetapi lebih menerapkan pengaruh nyanyian dan jeritan nada tinggi sesuai dengan muzik Wynken Delirium.

"Ada kawan-kawan yang mengatakan bunyi band kami adalah seperti sekumpulan siput sedut yang diketuai oleh Bruce Dickinson", terang Zaihas si pemain gitar ini lagi, mungkin agak kelakar bunyinya tetapi harus didalami maksudnya.

Band ini banyak mengambil pengaruh daripada hard rock/psychedelia/proto doom 70an seperti Black Sabbath, Pentagram, Witchfinder General, doom metal seperti Cathedral, Electric Wizard, Trouble, Saint Vitus, grunge awal seperti Melvins, Soundgarden, Green River, Tad, Malfunkshun, stoner rock seperti Sleep, Fu Manchu, Kyuss dan Queens Of The Stone Age dan juga NOLA metal seperti Pantera, Crowbar, Corrosion Of Conformity, Down, Superjoint Ritual. "Terlalu banyak band kegemaran kami yang dijadikan rujukan", kata Zaihas berkenaan pengaruh dan band rujukan dalam pembentukan muzikal Wynken Delirium.

Setakat ini, rilisan Wynken Delirium adalah seperti berikut:

2005 - Gobling EP
Mengandungi 4 lagu, salah satu adalah cover Pantera, Cowboys From Hell.

2006 - The Wynken Delirium Band (diberi percuma)
Mengandungi 3 buah lagu.

"Kami sedang dalam proses merakam album pertama kami, dan kami menjanjikan sesuatu yang berbunyi besar, penuh dengan fuzz dan malas", cerita Zaihas tentang produk rakaman terakhir yang bakal dirilis. "Sekarang Wynken Delirium sedang dalam proses menulis lebih banyak lagu dan merakam untuk album kami yang dijangka dirilis pada hujung 2007. Kami akan memberitahu Ekstrim bila ini berlaku, InsyaAllah…", tambah beliau lagi.

Ketika diminta memberi pendapat tentang persembahan muzikal terkini berbanding rilisan terdahulu, Zaihas menjelaskan, "Berbanding Gobling, Wynken Delirium lebih bebas dalam berkarya, dan kami bebas mencampurkan pelbagai unsur-unsur kegemaran kami ke dalam muzik satu band. Sebagai contoh, ada lagu baru kami yang lebih terarah kepada funk, tetapi ada juga yang hampir-hampir mencapai tahap muzik berat bawaan Neurosis, contohnya. Kami banyak mengkaji muzik yang didengar dan cuba mengadaptasikan idea-idea baik band-band yang kami dengar sebaik yang boleh".

Dari segi penulisan senikata, tema dan subjek yang sering diterapkan adalah bergantung kepada kesesuaian dan kewarasan minda mereka pada waktu senikata ditulis. "Ada masanya Ajak akan menyanyi mengenai perlumbaan di jalanraya, dan pada masa yang lain, Zaihas pula akan membuat lirik mengenai dosa dan azab api neraka, contohnya. Kami menggunakan kedua-dua bahasa, Inggeris dan Melayu, dan adalah agak biasa kedua-dua bahasa digunakan sekaligus dalam satu lagu", jelas Zaihas berkaitan penulisan senikata dalam lagu-lagu Wynken Delirium.

Wynken Delirium dilihat mempunyai perancangan yang baik untuk kemajuan dan masa depan band ini. "Plan seterusnya ialah menghantar album kami untuk mastering, mendaftarkan satu syarikat untuk memasarkan album ini secara independen, dan seterusnya mengumpul wang dan barangan untuk mempunyai studio latihan sendiri. Setakat ini kami bertuah kerana mempunya studio rakaman kecil yang dapat menjimatkan banyak wang untuk rakaman", kata Zaihas mengenai perancangan masa hadapan serta halatuju dan sasaran band beliau ini.

Bercakap tentang siri-siri gig yang pernah dan akan disertai, Zaihas memberitahu, "Kami berterima kasih dengan para penganjur yang sudi mempelawa kami bermain, setakat ini kami pernah bertanding dalam Asian Beat dan Road To ROTTW Soundstage, kami juga pernah muncul dalam konsert Rock Without Drugs anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan juga di beberapa gig sekitar Johor Bahru. Kami akan menyertai Asian Beat 2006 peringkat selatan di Johor Bahru pada 11 November nanti".

Sebagai seorang yang sudah agak lama juga berkecimpung dalam arena muzik underground tempatan, Zaihas memiliki pandangannya yang tersendiri terhadap scene muzik ini di Malaysia. Menurut beliau, "Kami berasal dari tahun 90an, generasi kedua atau ketiga scene dan kami dapati sekarang scene sudah hampir-hampir tidak dapat dibezakan dengan arus perdana. Kami tidak tahu sama ada itu perkara yang baik atau tidak, tapi kami dapat lihat bahawa hubungan rapat antara scenesters sudah semakin kurang, mungkin kerana banyak yang sudah berjuang di dalam arus perdana, dan ramai juga yang sudah berhenti".

Keluhan Zaihas terhadap scene underground tempatan ditutup dengan kata-kata, "Terima kasih kepada Encik Sufian di atas kesudiannya dan Ekstrim menemuramah kami, dan juga di atas usahanya meneruskan zine dalam apa bentuk sekalipun. Kami amat hargai usaha anda, dan masih teringin untuk kembali ke zaman dahulu fanzine fotokopi yang banyak dan murah dan berinformasi".

hubungi:

goblingrocks@yahoo.com
wynkendelirium.blogspot.com
myspace.com/wynkendelirium

Thu 5-Oct-2006 06:16
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
senyum jek cik kak? Wed 11-Oct-2006 03:46
Posted by:Zaihas townshed@rocketmail.com
Add comment


Wednesday, 6-Sep-2006 15:13 Email | Share | | Bookmark
The Wynken Delirium Band EP Review In ROTTW Sept 2006

 
Check it out You may click on the image above to enlarge it.

Care to comment?


Saturday, 22-Apr-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Rock Unite Welcome Letter

 

Care to comment?


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.